Jumaat, 8 April 2016

PERJUMPAAN MINGGUAN PENGAKAP

Seperti mana pertubuhan-pertubuhan lain, Pergerakan Pengakap juga mempunyai perjumpaan mingguannya. Melalui perjumpaan-perjumpaan ini, ilmu-ilmu mengenai pengakap dapat disampaikan.

Perjumpaan mingguan Pengakap tidak memerlukan sebuah dewan atau bilik kuliah yang istimewa kerana kebanyakan aktivitinya dijalankan di luar dewan.

Langkah-langkah tertentu adalah ditentukan pada setiap kali perjumpaan diadakan. Langkah-langkah ini perlu dijalankan dengan kemas dan teratur. Cara ini dapat menentukan kemajuan atau kemunduran sesuatu kumpulan Pengakap itu.

Langkah-langkah Perjumpaan:

1. Perjumpaan dimulakan dengan upacara mengibar atau
    menaikkan bendera.

1.1 Ahli-ahli kumpulan berdiri di dalam bentuk Ladam Kuda atau berhadapan (menghadap) tiang  bendera.

1.2 Pemimpin, Penolong pemimpin dan Penceramah             Jemputan berdiri di hadapan seiring dengan tiang         bendera.

1.3 Pemimpin memeriksa kekemasan ahli. Ketika ini               semua ahli berada dalam keadaan SEDIA.

1.4 Ketua Patrol bertugas akan mengibarkan bendera 
dengan penuh istiadat.

1.5 Lagu Kebangsaan atau Lagu Negeri akan dinyanyikan oleh semua ahli.

1.6 Bacaan doa – secara Islam oleh seorang ahli yang         bertugas.
ATAU
Doa secara senyap dan bertafakur jika ahli-ahli kumpulan terdiri daripada ahli-ahli yang bukan beragama Islam.

1.7 Taklimat Pemimpin:-
1.7.1 Perkembangan berpengakap semasa.
1.7.2 Arahan-arahan yang perlu.

2.      Program perjumpaan hendaklah dirancang dengan       
teliti sebelum sesuatu perjumpaan dijalankan.
Pemimpin hendaklah memastikan perkara-perkara berikut dimuatkan dalam program:-

2.1 Permainan ringan: 
Permainan ini dijalankan untuk memanaskan badan ahli-ahli supaya mereka bersedia menerima  atau mengikuti aktiviti seterusnya.

2.2 Mengulangkaji pelajaran minggu lepas:
Ulangkaji ini boleh dijalankan secara langsung atau tidak langsung. Melalui soaljawab, kuiz, silangkata atau permainan.

2.3 Nyanyian:
Pastikan lagu-lagu yang dinyanyikan adalah lagu- lagu Pengakap. Melalui nyanyian ini dapat kita menarik minat ahli-ahli. Dengan ini juga dapat kita menghidupkan semula semangat ahli yang telah letih menjalankan aktiviti di awal perjumpaan tadi.

2.4 Menyampaikan pelajaran baru:
Sebelum pelajaran baru dijalankan, pastikan setiap ahli telah bersedia. Banyakkan aktiviti luar supaya  tidak terasa jemu.

2.5 Permainan dan pertandingan:
Mengikut naluri, mereka suka bermain. Kita majukan naluri ini dengan memberi bimbingan supaya aktiviti ini dapat dijalankan selaras dengan kehendak berpengakap. Jika perlu,  permainan-permainan yang dijalankan ada hubungkait dengan aktiviti sebelumnya.
 Contoh: Kim’s Games, mengesan bunyi, lumba lari sambil menyempurnakan simpulan Pengakap.

2.6 Kawad kaki:
Sebagai memenuhi syarat ahli-ahli dalam  pasukan beruniform, latihan berkawad perlu diadakan pada setiap kali perjumpaan.  Latihan dibuat mengikut susunan atau berperingkat-peringkat (ansur maju).Malalui kawad kaki kita dapat melatih ahli Pengakap untuk memupuk semangat   bekerjasama, menurut perintah dan berdisiplin.

2.7 Perjumpaan Ketua Patrol:
Perjumpaan Ketua Patrol ini dijalankan oleh ahli-ahli Pengakap sendiri. Ahli majlis ini terdiri daripada Ketua dan Penolong Ketua Patrol. Pemimpin berperanan sebagai penasihat.

 Tugas majlis ini adalah:

 2.7.1 Pemimpin menerima maklumat balas berhubung dengan masalah sesuatu  Patrol.

 2.7.2 Menyampaikan maklumat umum melalui Ketua-ketua Patrol.

2.7.3 Berbincang berkenaan dengan persediaan untuk perjumpaan akan  datang (minggu hadapan).

2.7.4 Membincangkan tindakan yang perlu diambil ke atas seseorang ahli yang melakukan kesalahan – jika ada.

2.7.5 Membincangkan hal ehwal kewangan untuk meluluskan sesuatu peruntukan  bagi pelbagai perbelanjaan kumpulan.

2.7.6 Merangka sesuatu aktiviti yang lebih besar. 

2.8  Upacara menurunkan bendera:
Upacara ini dijalankan sebagai tanda tamatnya  perjumpaan pada hari tersebut. Dalam upacara ini, hendaklah disertakan dengan:

2.8.1      Taklimat ringkas daripada pemimpin.
 2.8.2      Berdoa – menandakan kesyukuran kita kepada Tuhan yang telah memberi rahmat di sepanjang perjumpaan.

2.8.3 Menurunkan bendera oleh Ketua Patrol bertugas.

3.   Cara Menjalankan Perjumpaan Pengakap Remaja
      Kaedah penyampaian: Teori, Demontrasi dan Praktikal.

3.1 Teori (½ jam)

3.1.1 Objektif:
a. Latihan berpengakap
b. Mengarah ahli kepada kesuburan rohani dan mental
c. Kesetiaan kepada Negara
d. Memupuk semangat kerjasana dan muhibah
e. Berdikari

3.1.2 Tujuan:
a. Latihan kemahiran berprogresif
b. Permainan
c. Mengajar mengikut skim latihan
d. Mengadakan ujian kemahiran
e. Mengembara
f. Latihan kewarganegaraan
g. Latihan kepimpinan
h. Disiplin melalui berkawad
i. Kebudayaan
j. Kecemasan dan Pertolongan cemas
k. Merancang perkhemahan
i. Masakan
m. Latihan berdikari
n. Ikatan dan simpulan
o. Merintis
p. Khidmat masyarakat
q. Kraftangan

3.1.3 Pengendalian Perjumpaan Mingguan (1 ½ jam)

a. Perhimpunan (10 minit)
 i. Mengibarkan Bendera,
ii. Doa,
iii. Taklimat Pemimpin,
iv. Kedatangan
v. Mengutip Yuran

b. Kawad Kaki (15 minit)

c. Latihan Kemahiran (30 minit)
    i. Pelajaran Skim Latihan

d. Permainan (10 minit)

e. Perjumpaan Patrol (15 minit)

f. Nyanyian (10 minit)

g. Penutup:

           i.  Menurunkan Bendera
          ii.  Doa
           ii. Bersurai

3.2 Demontrasi (½ jam)

Dua Patrol akan dipilih untuk menunjukkan satu contoh Perjumpaan Mingguan.

3.3 Latihan (½ jam)

3.3.1 Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil mengikut bilangan  peceramah/fasilitator.

3.3.2 Peserta dikehendaki menjalankan satu perjumpaan mingguan sepenuhnya.

CATATAN
Penceramah dikehendaki mengawas latihan ini dan membetulkan (tunjuk ajar) kesalahan yang mungkin berlaku.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan