Assalammualikum dan salam berpengakap…
Pada akhir dan awal tahun, kebanyakan kumpulan pengakap muda atau remaja akan mengadakan pemilihan ahli jawatankuasa kumpulan di mana berbagai cara serta kaedah yang diguna pakai namun apakah kita pasti, ini adalah cara/corak pemilihan yang betul mengikut semangat pengakap yang sebenar?
Sayang sekali bila ada kumpulan yang membuat pemilihan persis persatuan seperti persatuan Bahasa Malaysia/Inggeris/Sains dan lain-lainnya, iaitu menurut kaedah demokrasi; di mana memilih mengikut suara kehendak majoriti ahli.
Sedangkan dalam unit pengakap muda/remaja kita tidak menyebut sebagai Ahli jawatankuasa kumpulan tetapi kita hanya mengujudkan Majlis Ketua-Ketua patrol sahaja.
Majlis Ketua-Ketua Patrol
Majlis ketua-ketua patrol adalah majlis yang dianggotai oleh kesemua ketua-ketua patrol serta penolong-penolong ketua patrol.
Di mana di dalam majlis ini akan dilantik seorang pengerusi (kebiasanya juga adalah ‘Troup Leader’), seorang Naib Pengerusi (kebiasanya juga adalah Penolong ‘Troup Leader’) serta ahli jawatankuasa yang lain.
Kesemua keputusan mesyuarat majlis hendaklah dipersetujui oleh ahli-ahli mesyuarat serta minit mesyuarat hendaklah dicatat/rekod oleh Setiausaha Majlis.
Pemimpin Kumpulan hanyalah bertindak sebagai Penasihat yang tidak mengambil bahagian secara aktif di dalam sebarang Mesyuarat Majlis Ketua-Ketua Patrol, hanya sekadar memberi nasihat serta bimbingan pada masa yang sesuai atau diperlukan oleh ahli majlis.
Peranan Majlis :
1. Mengadakan Mesyuarat Majlis Ketua-Ketua Patrol
- Bagi merancang segala aktiviti perjumpaan kumpulan ( Mingguan / Bulanan )
- Perancangan perkhemahan kumpulan atau aktiviti luar yang membabitkan kumpulan.
- Terdapat kelaziman bahawa kebanyakan Majlis Ketua-Ketua Patrol menjaga aset serta kewangan kumpulan namun pada hakikatnya hanya Majlis Kumpulan(dianggota oleh
pemimpin,pengetua serta Ibubapa ahli) yang berkuasa didalam hal ehwal kewangan serta aset kumpulan ;
persoalannya berapa banyak sangat kumpulan yang mempunyai Majlis Kumpulan sendiri ?
2. Mendisplinkan ahli pasukan dalam membentuk Mahkamah Keadilan ( Court Of Honor ) yang hanya di anggotai oleh Ketua-ketua patrol sahaja manakala Pemimpin Kumpulan adalah selaku Penasihat serta perlaksana setiap tindakan atau hukuman yang telah dipersetujui oleh ahli-ahli (COH) dengan cara mengundi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan