Jumaat, 8 April 2016

PERJUMPAAN MINGGUAN PENGAKAP

Seperti mana pertubuhan-pertubuhan lain, Pergerakan Pengakap juga mempunyai perjumpaan mingguannya. Melalui perjumpaan-perjumpaan ini, ilmu-ilmu mengenai pengakap dapat disampaikan.

Perjumpaan mingguan Pengakap tidak memerlukan sebuah dewan atau bilik kuliah yang istimewa kerana kebanyakan aktivitinya dijalankan di luar dewan.

Langkah-langkah tertentu adalah ditentukan pada setiap kali perjumpaan diadakan. Langkah-langkah ini perlu dijalankan dengan kemas dan teratur. Cara ini dapat menentukan kemajuan atau kemunduran sesuatu kumpulan Pengakap itu.

Langkah-langkah Perjumpaan:

1. Perjumpaan dimulakan dengan upacara mengibar atau
    menaikkan bendera.

1.1 Ahli-ahli kumpulan berdiri di dalam bentuk Ladam Kuda atau berhadapan (menghadap) tiang  bendera.

1.2 Pemimpin, Penolong pemimpin dan Penceramah             Jemputan berdiri di hadapan seiring dengan tiang         bendera.

1.3 Pemimpin memeriksa kekemasan ahli. Ketika ini               semua ahli berada dalam keadaan SEDIA.

1.4 Ketua Patrol bertugas akan mengibarkan bendera 
dengan penuh istiadat.

1.5 Lagu Kebangsaan atau Lagu Negeri akan dinyanyikan oleh semua ahli.

1.6 Bacaan doa – secara Islam oleh seorang ahli yang         bertugas.
ATAU
Doa secara senyap dan bertafakur jika ahli-ahli kumpulan terdiri daripada ahli-ahli yang bukan beragama Islam.

1.7 Taklimat Pemimpin:-
1.7.1 Perkembangan berpengakap semasa.
1.7.2 Arahan-arahan yang perlu.

2.      Program perjumpaan hendaklah dirancang dengan       
teliti sebelum sesuatu perjumpaan dijalankan.
Pemimpin hendaklah memastikan perkara-perkara berikut dimuatkan dalam program:-

2.1 Permainan ringan: 
Permainan ini dijalankan untuk memanaskan badan ahli-ahli supaya mereka bersedia menerima  atau mengikuti aktiviti seterusnya.

2.2 Mengulangkaji pelajaran minggu lepas:
Ulangkaji ini boleh dijalankan secara langsung atau tidak langsung. Melalui soaljawab, kuiz, silangkata atau permainan.

2.3 Nyanyian:
Pastikan lagu-lagu yang dinyanyikan adalah lagu- lagu Pengakap. Melalui nyanyian ini dapat kita menarik minat ahli-ahli. Dengan ini juga dapat kita menghidupkan semula semangat ahli yang telah letih menjalankan aktiviti di awal perjumpaan tadi.

2.4 Menyampaikan pelajaran baru:
Sebelum pelajaran baru dijalankan, pastikan setiap ahli telah bersedia. Banyakkan aktiviti luar supaya  tidak terasa jemu.

2.5 Permainan dan pertandingan:
Mengikut naluri, mereka suka bermain. Kita majukan naluri ini dengan memberi bimbingan supaya aktiviti ini dapat dijalankan selaras dengan kehendak berpengakap. Jika perlu,  permainan-permainan yang dijalankan ada hubungkait dengan aktiviti sebelumnya.
 Contoh: Kim’s Games, mengesan bunyi, lumba lari sambil menyempurnakan simpulan Pengakap.

2.6 Kawad kaki:
Sebagai memenuhi syarat ahli-ahli dalam  pasukan beruniform, latihan berkawad perlu diadakan pada setiap kali perjumpaan.  Latihan dibuat mengikut susunan atau berperingkat-peringkat (ansur maju).Malalui kawad kaki kita dapat melatih ahli Pengakap untuk memupuk semangat   bekerjasama, menurut perintah dan berdisiplin.

2.7 Perjumpaan Ketua Patrol:
Perjumpaan Ketua Patrol ini dijalankan oleh ahli-ahli Pengakap sendiri. Ahli majlis ini terdiri daripada Ketua dan Penolong Ketua Patrol. Pemimpin berperanan sebagai penasihat.

 Tugas majlis ini adalah:

 2.7.1 Pemimpin menerima maklumat balas berhubung dengan masalah sesuatu  Patrol.

 2.7.2 Menyampaikan maklumat umum melalui Ketua-ketua Patrol.

2.7.3 Berbincang berkenaan dengan persediaan untuk perjumpaan akan  datang (minggu hadapan).

2.7.4 Membincangkan tindakan yang perlu diambil ke atas seseorang ahli yang melakukan kesalahan – jika ada.

2.7.5 Membincangkan hal ehwal kewangan untuk meluluskan sesuatu peruntukan  bagi pelbagai perbelanjaan kumpulan.

2.7.6 Merangka sesuatu aktiviti yang lebih besar. 

2.8  Upacara menurunkan bendera:
Upacara ini dijalankan sebagai tanda tamatnya  perjumpaan pada hari tersebut. Dalam upacara ini, hendaklah disertakan dengan:

2.8.1      Taklimat ringkas daripada pemimpin.
 2.8.2      Berdoa – menandakan kesyukuran kita kepada Tuhan yang telah memberi rahmat di sepanjang perjumpaan.

2.8.3 Menurunkan bendera oleh Ketua Patrol bertugas.

3.   Cara Menjalankan Perjumpaan Pengakap Remaja
      Kaedah penyampaian: Teori, Demontrasi dan Praktikal.

3.1 Teori (½ jam)

3.1.1 Objektif:
a. Latihan berpengakap
b. Mengarah ahli kepada kesuburan rohani dan mental
c. Kesetiaan kepada Negara
d. Memupuk semangat kerjasana dan muhibah
e. Berdikari

3.1.2 Tujuan:
a. Latihan kemahiran berprogresif
b. Permainan
c. Mengajar mengikut skim latihan
d. Mengadakan ujian kemahiran
e. Mengembara
f. Latihan kewarganegaraan
g. Latihan kepimpinan
h. Disiplin melalui berkawad
i. Kebudayaan
j. Kecemasan dan Pertolongan cemas
k. Merancang perkhemahan
i. Masakan
m. Latihan berdikari
n. Ikatan dan simpulan
o. Merintis
p. Khidmat masyarakat
q. Kraftangan

3.1.3 Pengendalian Perjumpaan Mingguan (1 ½ jam)

a. Perhimpunan (10 minit)
 i. Mengibarkan Bendera,
ii. Doa,
iii. Taklimat Pemimpin,
iv. Kedatangan
v. Mengutip Yuran

b. Kawad Kaki (15 minit)

c. Latihan Kemahiran (30 minit)
    i. Pelajaran Skim Latihan

d. Permainan (10 minit)

e. Perjumpaan Patrol (15 minit)

f. Nyanyian (10 minit)

g. Penutup:

           i.  Menurunkan Bendera
          ii.  Doa
           ii. Bersurai

3.2 Demontrasi (½ jam)

Dua Patrol akan dipilih untuk menunjukkan satu contoh Perjumpaan Mingguan.

3.3 Latihan (½ jam)

3.3.1 Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil mengikut bilangan  peceramah/fasilitator.

3.3.2 Peserta dikehendaki menjalankan satu perjumpaan mingguan sepenuhnya.

CATATAN
Penceramah dikehendaki mengawas latihan ini dan membetulkan (tunjuk ajar) kesalahan yang mungkin berlaku.


Majlis Ketua-Ketua Patrol

Assalammualikum dan salam berpengakap…

Pada akhir dan awal tahun, kebanyakan kumpulan pengakap muda atau remaja akan mengadakan pemilihan ahli jawatankuasa kumpulan di mana berbagai cara serta kaedah yang diguna pakai namun apakah kita pasti, ini adalah cara/corak pemilihan yang betul mengikut semangat pengakap yang sebenar?

Sayang sekali bila ada kumpulan yang membuat pemilihan persis persatuan seperti persatuan Bahasa Malaysia/Inggeris/Sains dan lain-lainnya, iaitu menurut kaedah demokrasi; di mana memilih mengikut suara kehendak majoriti ahli.

Sedangkan dalam unit pengakap muda/remaja kita tidak menyebut sebagai Ahli jawatankuasa kumpulan tetapi kita hanya mengujudkan Majlis Ketua-Ketua patrol sahaja.

Majlis Ketua-Ketua Patrol

Majlis ketua-ketua patrol adalah majlis yang dianggotai oleh kesemua ketua-ketua patrol serta penolong-penolong ketua patrol.

Di mana di dalam majlis ini akan dilantik seorang pengerusi (kebiasanya juga adalah ‘Troup Leader’), seorang Naib Pengerusi (kebiasanya juga adalah Penolong ‘Troup Leader’) serta ahli jawatankuasa yang lain.

Kesemua keputusan mesyuarat majlis hendaklah dipersetujui oleh ahli-ahli mesyuarat serta minit mesyuarat hendaklah dicatat/rekod oleh Setiausaha Majlis.

Pemimpin Kumpulan hanyalah bertindak sebagai Penasihat yang tidak mengambil bahagian secara aktif di dalam sebarang Mesyuarat Majlis Ketua-Ketua Patrol, hanya sekadar memberi nasihat serta bimbingan pada masa yang sesuai atau diperlukan oleh ahli majlis.

Peranan Majlis :

1. Mengadakan Mesyuarat Majlis Ketua-Ketua Patrol
- Bagi merancang segala aktiviti perjumpaan kumpulan ( Mingguan / Bulanan )
- Perancangan perkhemahan kumpulan atau aktiviti luar yang membabitkan kumpulan.
- Terdapat kelaziman bahawa kebanyakan Majlis Ketua-Ketua Patrol menjaga aset serta kewangan kumpulan namun pada hakikatnya hanya Majlis Kumpulan(dianggota oleh 
pemimpin,pengetua serta Ibubapa ahli) yang berkuasa didalam hal ehwal kewangan serta aset kumpulan ;
persoalannya berapa banyak sangat kumpulan yang mempunyai Majlis Kumpulan sendiri ?

2. Mendisplinkan ahli pasukan dalam membentuk Mahkamah Keadilan ( Court Of Honor ) yang hanya di anggotai oleh Ketua-ketua patrol sahaja manakala Pemimpin Kumpulan adalah selaku Penasihat serta perlaksana setiap tindakan atau hukuman yang telah dipersetujui oleh ahli-ahli (COH) dengan cara mengundi.

Khamis, 7 April 2016

SUKATAN PELAJARAN LENCANA KEAHLIAN


Sebelum dilantik menjadi ahli dan mendapat Lencana Keahli­an, seorang budak akan diuji dalam perkara-perkara yang ber­ikut untuk memberi pengetahuan asas yang mudah serta pengalaman berpengakap.
1.    Mengetahui peraturan memakai pakaian seragam penga­kap.
2.    Memahami makna dan semangat lima prinsip Rukun Ne­gara.
3.    Mengenali lambang Pengakap Malaysia dan lambang Pe­ngakap Dunia serta       
       memahami secara mendalam erti lambang-lambang tersebut.
4.    Melafazkan ‘Persetiaan Pengakap’ dan memahami ‘Un­dang-undang Pengakap.’
5.    Mengetahui cara ‘Hormat Pengakap’ dan ‘Cogan Kata Pengakap Muda’.
6.    Mengetahui sejarah Pengakap Malaysia dan sejarah pe­ngasas pengakap, Lord     
       Baden Powell.
7.    Mengetahui mengikat dan mengguna semua simpulan berikut:
             (a)  Buku sila (reef knot)
             (b) Bunga Geti (sheet bend)
             (c)  Simpul manuk (clove hitch)
             (d) Tindih kasih (bowline)
             (e) Lilit dua simpul (round turn and two half hitches)

             (J)  Lilt pemati biasa (common whipping)

CARTA PERMOHONAN LENCANA PENGAKAP RAJA DAN SIJIL PENGAKAP RAJA


   

COGAN KATA PENGAKAP


PENGAKAP KANAK-KANAK
“ BUAT HABIS BAIK “

PENGAKAP MUDA
“ SELALU BERSEDIA “

PENGAKAP REMAJA
“ PANDANG LUAS “

PENGAKAP KELANA
“ BERKHIDMAT “

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai, berr­maruah dan mempunyai kehormatan diri.

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja dan kepada pemimpin­pemimpin pengakapnya, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang di bawahnya.

3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan sau­dara kepada pengakap lain walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.

7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrolnya atau pemim­pin-pemimpin pengakapnya tanpa apa-apa soalan.

8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau dalam masa kesusahan.

9. Pengakap adalah seorang yang berjimat dan bercermat.

10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perb
uatannya.

SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA

Sejarah Pergerakan Pengakap Malaysia dengan keahlian se­ramai 30 orang mula bertapak di Singapura pada tahun 1910, hasil usaha F.C. Sands. Namun begitu, sebenarnya telah ada percubaan untuk menubuhkan pasukan pengakap di Pulau Pinang (1908) dan di Selangor (1909), tetapi gagal kerana tidak dapat bergerak aktif.

Pasukan Pengakap di negara ini kemudian berkembang ke negeri-negeri di Tanah Melayu sehingga ke Sabah dan Sarawak. Sejarah penubuhan dan pengasas-pengasas pergerakan pengakap di Malaysia ialah:


(1) H.R. Cheesman di Pulau Pinang (1915)
(2) H.R. Cheesman di Johor (1928)
(3) l.R Wheeler di Perak (1926)
(4) E.C.Hicks, A.G.Stuart, R.P.S.Walker, C.Bloomfield di Kedah (1922)
(5) R. Brunston di Melaka (1925)
(6) Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan (1925)
(7) Ameen Akhbar di Selangor (1926)
(8) A.J. Cracle di Terengganu (1926)
(9) Y.M. Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan (1927)
(10) Perlis (1931) di bawah naungan Negeri Kedah
(11) Rev. Canon Thomas Cecil Alaxander di Sabah (1913)
(12) Sarawak (1915) - pengasasnya tidak dapat dikesan

Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua. Persekutuan Budak ­budak Pengakap ini menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Pentadbirannya juga dijalankan sendiri dengan Allahyarham Datuk Sulaiman bin Datuk Abdul Rahman menjadi Ketua Pengakap Negara pertama dan Encik Muhammad Yusof bin Ahmad sebagai Ketua Pesuruhjaya Agungnya.